Saturday, October 2, 2010

Friday Training

Aktiviti drift di tepi stadium runtuh kembali rancak semula. Kehadiran jentera-jentera dan para drifter pada petang Jumaat semalam kembali menghangatkan litar setelah sekian lama aktiviti ini diperlahankan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Nampaknya layout trek telah diolah semula. Selekoh lebih besar, simple dan yang paling penting, lebih selamat. Jika sebelum ini, ramai drifter tepuk dahi apabila kereta mereka tersasar dan mengigit divider konkrit yang sedia menanti, tapi mungkin dengan susun atur trek yg baru ini mimpi ngeri yang menghantui para drifter amatur dapat dilenyapkan.

1 comment:

  1. ubah trek main high speed baru sedap tengok..

    ReplyDelete