Friday, October 29, 2010

Drift In The Rain Shalalala!!!



Training Dalam Suasana Hujan Renyai2,Tidak Mematahkan Semangat drifter2 KTDRIFT...Walaupon Hujan Penonton Dan Suppoter Tetap Ramai...

Tuesday, October 5, 2010

KT Drift Di Facebook..


*~Buat pembaca blog TOCCDRIFT yang mempunyai Facebook~*

Selain kami berkongsi cerita di sini, kami juga menyediakan ruang di laman Facebook.

Terdapat juga info-info mengenai aktiviti-aktiviti kami di sana. Kalian juga boleh memberikan komen dan pendapat di sana.

Jumpa kami di Facebook - KtDrift...



Saturday, October 2, 2010

Friday Training

Aktiviti drift di tepi stadium runtuh kembali rancak semula. Kehadiran jentera-jentera dan para drifter pada petang Jumaat semalam kembali menghangatkan litar setelah sekian lama aktiviti ini diperlahankan bagi menghormati bulan Ramadhan.

Nampaknya layout trek telah diolah semula. Selekoh lebih besar, simple dan yang paling penting, lebih selamat. Jika sebelum ini, ramai drifter tepuk dahi apabila kereta mereka tersasar dan mengigit divider konkrit yang sedia menanti, tapi mungkin dengan susun atur trek yg baru ini mimpi ngeri yang menghantui para drifter amatur dapat dilenyapkan.

Saturday, April 24, 2010

KT DRIFT CHALLENGE 2010(NOVICE)


Acara : KT DRIFT CHALLENGE 2010-NOVICE

Format Acara : SOLO & TSUISO
Anjuran: toccdrift
Sokongan: DRIFT ART
Tempat: Parking Lot Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tarikh: 30 April - 01 May 2010 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 9.00am - 7.00pm

Bayaran peserta: RM80
Peserta: Pahang ,Terengganu & Kelantan


Undang-undang & peraturan;
-Acara dibuka kepada kereta pacuan roda belakang sahaja (RWD).
-Setiap kereta peserta harus melepasi ujian 'scrutineering' sebelum dan semasa acara berlangsung.
-Penggunaan helmet & kasut adalah diwajibkan sewaktu pertandingan berlangsung.
-Tali pinggang keledar (seatbelts) diwajibkan penggunaannya sewaktu acara berlangsung.
-Cermin sebelah 'driver' mesti dinaikkan apabila di dalam trek.
-Tidak dibenarkan barangan longgar di dalam kereta.
-Kenderaan yang bertanding harus berada dalam keadaan yang memuaskan.
-Penggunaaan 'Roll Cage' adalah digalakkan.
-Lampu brek harus berfungsi.
-Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati tidak mematuhi/mengikuti piawaian acara.
-Sila patuhi arahan yang dikeluarkan oleh marshal/pegawai yang bertugas.

**perubahan format acara & jadual mungkin berubah sekiranya perlu**

untuk sebarang pertanyaan:-
AHMAD NOR SHAYFFIZAI B. ABU BAKAR - 019 9958488

MOHD FAIRUZ B. NASIRUDDIN -017 3227790
-019 3993830

Borang Penyertaan:

Friday, April 9, 2010

TOCC DRIFT PARK

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pengarah perbadanan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atas jasa baiknya yang telah memberikan kelulusan penuh kawasan tapak drift yang bersesuaian kepada kelab TOCC . Ini membolehkan aktiviti drift dijalankan dengan lebih selesa dan selamat. trek sebelum ini telah banyak menjahanamkan chasis jentera drift TOCC . walaupun banyak yang jahanam, kami tetap tidak berputus asa dan terus berlatih dan akhirnya TOCC telah bejaya mendapat satu tapak drift yang luas dan tiada halangan divider lagi. SYABAS di ucapkan kepada AJK dan TOCC members yang telah bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan tapak drift untuk TOCC.

Sedikit paparan sesi Latihan Di Tapak Baru
tocc
drift park


video

video

video

video

video

video


video